Saturday, 17 September 2016

Puisi terindah untuk nenek II


kepergianmu mengundang sejuta kesedihan dalam hidupku , terlalu cepat rasanya kau pergi , jujur aku tak dapat menerima semua kenyataan ini . kali terakhir ku bertemu denganmu adalah pada tahun lalu iaitu 2015 , tepatnya bulan ramadhan . ketika itu ku masih mampu melihat kau tersenyum , namun pada tahun ini iaitu 2016 , tepatnya pada bulan ramadhan juga , kau telah pergi meninggalkan ku untuk selamanya, hanya tangis yang membasahi pipi mengiringi duka ku kerana kehilanganmu . aku hanya mampu berdoa , semoga kau bahagia disana , 

ketika bintang menghujani malam
air mata pun membasahi pipi 
terkenang diri si penghibur hati
yang senantiasa menghibur hari 

kini hari semakin berlalu
rasa rindu pun mulai menikam
dari lubuk hati yang menangis
menangis kerana merindu

ku layangkan kepala 
di atas sebuah bantal usang
perlahan demi perlahan 
kenangan pun mulai menjelma

masihku ingat masa-masa kecilku
ketika kau mengajarku 
betapa indahnya hidup ini 
untuk ditangisi kerana cinta 

kini kau telah pergi
duniaku pun semakin sepi 
ku harap kau tenang disana
wahai penghibur hati ku


By :

Shahrul ( Si Penulis Kecil )

No comments:

Post a Comment