jiwa terasa sepi, tapi tak mengapa kerana
bayangmu sentiasa menemani hariku
aku sungguh takut untuk berkata denganmu
tapi tak mengapa kerana melihatmu sudah cukup bagiku
aku tahu ku takkan pernah memilikimu
tapi tak mengapa kerana aku hanya ingin
ketika kau melihatku
hatimu akan berkata seperti ini
lelaki inilah yang memuja
lelaki inilah yang mengharapkanmu
sungguh sakit rasanya ketika mengharapkanmu
namun cintaku tak terbalas,
tapi lebih sakit lagi rasanya ketika
aku tak mempunyai keberanian
untuk mengatakan cinta padamu
aku hanya ingin kau fahami
saatku tak bicara begitu banyak kata
yang ingin ku ungkapkan
ku ingin kau fahami
ini nyata bukan mimpi
By :
Shahrul ( Si Penulis Kecil )
No comments:
Post a Comment