Wednesday, 28 September 2016

Puisi penyesalan


akhirnya semua terjadi juga 
yang ku fikirkan yang ku takutkan
penyesalan ini tak ada makna lagi
kerana semua telah terjadi

mungkin salahku terlalu mengharapkanmu
terlalu menginginkanmu sehingga akhirnya
aku yang terluka

ku mencuba untuk tetap tenang
namun hatiku gelisah
fikiranku masih terus berfikir akan semua yang terjadi
seakan jiwa ini telah mati
seakan hati ini telah membeku

kau menolak cintaku
kau acuhkan diriku
kau mula menjauh dariku
dan aku pun terluka

akankah hati ini masih terus terbuka
untuk cinta yang tak pasti
akankah hati ini masih menunggu
untuk jiwa yang tak pasti

By :

Shahrul ( Si Penulis Kecil )


No comments:

Post a Comment